Sunday, February 5, 2012

Count On Me Like 1, 2, 3 ; I'll Be There

My other half ; Nur Diyanah Hamzah
Sorry sebab aku lambat tengok pendrive tu. Aku tak sangka pulak kau akan buat video tu untuk aku. Tapi, yang kau lukis tu dah hilang la. Tinggal karangan yang mengharukan hati aku je. So, melepas aku nak tengok lukisan kau yang hebat meletup gitu <3

Nana, kau tahu tak, aku terharu gila baca apa yang kau tulis, tengok video and gambar-gambar tu. Aku pun rindu sangat masa-masa tu semua. The best memories of my life. Dari kita kenal masa Form 1 sampai sekarang, macam-macam benda jadi kan? Kita pernah tak bertegur sapa langsung.

Masa tu, ego aku memang sangat tinggi. Aku selfish sangat. Disebabkan masa tu aku tak dapat nak minta maaf dengan betul, sekarang aku nak minta maaf kat kau sebab buat perangai buruk macam tu. Fikiran tak matang langsung. Tapi semua tu benda dah lepas kan? Yang penting sekarang, aku ada kau and kau ada aku.

Walaupun ada yang dah pergi, walaupun ada yang dah renggang, kau dengan aku tetap macam dulu. Aku tak pernah ada kawan yang aku hargai sangat-sangat sebelum ni. That's why, the day when I first met you was considered as the luckiest day of my life. I don't need boys to cure my broken heart as long as I have you by my side. Yes, screw that guy.

Nanti bila dah tua, kita jumpa balik, bawa anak-anak yang berderet tuh ye :p Aku nak tengok anak kau yang 5 orang tu (McD Cheng) Haha. Penat kau kan nak jaga diorang tu? Macam-macam perangai. Lepas ni, kita masing-masing kena kejar cita-cita kita. Aku sedih bila terbayangkan suatu hari nanti, aku terpaksa berpisah dengan kau.

Apa pun yang terjadi, kau tetap kawan baik aku selamanya. Nana, aku doakan kau berjaya dalam hidup. Aku nak kita usaha sama-sama untuk capai apa yang kita hajat selama ni. Jangan risau, aku tahu kau masih belum tetap hati pasal masa depan kau. Tapi, kau akan tahu juga apa sebenarnya yang kau nak nanti.

Aku rasa happy bila tengok kau bahagia dengan Nate kau tu. Hehe. Walaupun perangai dia kadang-kadang buat aku rasa nak lempang dia je, tapi aku tetap happy sebab dia dah jaga kau dengan baik. Tak de la aku tengok kau sedih-sedih lepas ni eh :) And doakan la, nanti sampai turn aku jadi macam kau ^^ Hehehehhe.

Aku akan rindu nak dengar cerita-cerita kau tu. Rindu nak tengok kau buat hidung 'baby' tu. Haha. And yang paling penting, aku akan rindu kau sangat-sangat gila babi la.

Thanks for bringing a rainbow of happiness into my life.
I love you, my best friend ever.

This is typical us ; You're Patrick and I'm Spongebob. Agree? :D

p/s : My mom bought me a new watch! Hehe~