Spm dah habis tapi kenapa saya rasa sedih?

Spm dah habis! Saya dah merdeka!
Tapi :( Kenapa I rasa sedih sangat?

Kejadian semasa hari terakhir peperiksaan :

#1 -Datang sekolah, ayah hantar sampai masuk dalam, nampak Qila, terkedek-kedek jalan dengan dia sambil bawak buku teks yang berlambak.

#2 -Sampai kat kantin, nampak budak 5 Emas, I pun jerit "Last paper, huyeahhh!"

#3 -Masuk dewan peperiksaan, tengok susunan tempat dah ubah. Nak tahu tak I duduk mana? I duduk depan sekali! HAHA, yes! Tak de la kena silau lagi.

#4 -Ketua pengawas yang jaga tuh suka tidur xD Macam-macam pose dia buat. Kekeke~ Nasib baik tak terjatuh kerusi.

#5 -Akim yang duduk sebelah kiri bisik-bisik kat I. Ingat kan dia nak bagi jawapan ke, rupanya suruh pasang lilin, haha.

#6 -Ketua pengawas tuh buat hal lagi, hehe. Datang kat meja I, belek jam I, belek IC I. Cikgu, saya tahu lah saya comel masa kecik-kecik dulu :p

#7 -Lagi 2 minit nak habis, pengawas dah kutip kertas terakhir, Kertas Biologi 3. Semua jerit!! Mana tak nyaa, SPM DAH HABIS!! Girang hati I tidak terkira. Alhamdulillah, dah selesai dengan jayanya ^_^

#8 -Keluar dewan, nak pergi kemas barang. Budak kelas I dah main peluk-peluk. okey, relaks byha relaks. Anis datang peluk I, cakap I love you semua. Okey lagi. Tiba kat Qila, air mata meleleh-leleh dengan hingus terkeluar macam budak 3 tahun je. Lepas tuh, peluk semua budak perempuan kelas 5 Emas. Sedih sangat :'(

#9 -Tiba je dekat Nana, dia pandang I, I pandang dia. Then, dia cakap "Hey, kau balik dengan aku kan?" Terus tersembur air liur I, hhahaha. Baru nak feeling -..-

#10 -Sebelum melangkah keluar dari sekolah, amek gambar dulu. Rasa macam tak nak keluar je dari pintu pagar tuh. Bye pak guard samporna, bye Smk Malim. Goodbye my bittersweet high school life.

Apa yang akan I rindu :



Nak dengar Aqim dengan Amin gaduh tepi pintu kelas. Nak dengar Amin buat konsert Jaclyn Victor. Nak dengar Suhaili tanya soalan merepek kat cikgu. Nak dengar Najla cerita drama Melaya masa kelas PAI. Nak conteng meja Farahin dengan Nana. Nak dengar Anis terjerit dalam kelas. Nak kacau Yani dengan Fyra. Nak baca majalah wisel dengan Raudhah. Nak cari gaduh dengan Ieya. Nak berebut Kim Bum dengan Najla. Nak bermanja-manja dengan Qila.




Nak cerita K-pop dengan Farahin. Nak nyanyi lagu 0330 dengan Nana and Farahin dekat bilik muzik. Nak lari dari Raudhah and Qila setiap kali Chelsea kalah. Nak tengok dorang merayu kat cikgu semata-mata nak main bola tampar. Nak tengok Qieda goda-goda orang. Nak tengok budak laki main baling-baling kat belakang kelas. Nak dengar loghat Terengganu Naiemah. Nak lepak dengan Nana, Farahin, Amin, and Aqim.




And nak naik tangga sampai tingkat paling atas, tercungap-cungap, masuk kelas pagi-pagi, letak beg, cari mangsa untuk dikacau, main-main kat luar kelas sampai cikgu masuk, belajar sambil bermain, makan nasi dengan ayam masa rehat, mengantuk bila kelas lepas rehat mula, loceng bunyi, balik, pergi cendol, tunggu ayah dekat jejantas and repeat all of these everyday of my 5 years.



Birthday Anis :)

Solat hajat xD (pink)

BBQ sambil celebrate birthday I, sumpah sayang gila kat dorang


Hari Koku + sukan, takut nak pegang kuda

Makmal kimia, tempat permainan I dengan Nana

Jamuan hari raya dekat surau dengan Ustaz Jasmi

Terlalu banyak kenangan dengan dorang selama 5 tahun ni. Gelak, ketawa, menangis, menjerit, maki hamun, semua ada. Aku sayang korang sangat-sangat. Aku rindu nak sekolah dengan korang. Jaga diri baik-baik semua. Kita jumpa lagi semua, bila anak dah berderet ye xD HEHE

FAREWELL

p/s : Tisu bertaburan di atas meja *macamyeyeje* #Entri yang panjang, bila lagi kan? :)